ni lagi satu hidangan femes kat terengganu.....
sila la cuba...resepi ni dah tested by me...sebab tu akak berani nak share..
LOMPAT TIKAM TERENGGANU
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1.Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam kuali.
2. Masakkan adunan diatas api sehingga pekat dan berkilat. pastu masukkan dalam loyang dan sejukkan......
sementara tunggu sejuk tu..buat lapisan putih pulak...org kg panggil kepala...
Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan hingga meletop2 dan pekat....
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.
No comments:
Post a Comment