Good morning semer.....
arini nak share resepi sambal hitam untuk nasi impit....
bahan yang diperlukan:
5 ekor ikan selayang - direbus & amik isi sahaja
1/2 kg kelapa parut putih - digoreng hingga keperangan kemudian ditumbuk
2-3 biji bawang besar merah - diblend
3 batang serai - diblend
2 inci halia- diblend
2 keping gula melaka a.k.a nisae
1 sudu besar serbuk lada hitam
garam
gula putih
cara penyediaannya... ( skema la pulakkk)
Semua bahan blend, isi ikan dan kelapa digaul bersama. Masukkan dalam kuali.
masukkan nisae, garam dan serbuk lada hitam...
kacau supaya x hangus...
jika kurang manis , tambahkan gula.
grg hingga sambal berwarna gelap... sedia dimakan bersama nasi impit
*** perhatian:
nasi impit tu kosong & agak tawar, so penting utk sambal tu berasa sikit manis.....
all about makan...
Monday, 19 October 2015
Assalam semua... im sharing resepi yang dah digoogle dan dicuba for u to try it out by urself. cubalah...hopefully resepi yang ada di sini mendorong semua untuk mencuba menyediakan makanan untuk yang tersayang....
In sya Allah...u will get the satisfaction bila boleh buat sendiri apa yang u suka....
semoga ilmu yang sedikit ni x terhenti bersama hentinya denyut jantungku.....
happy cooking semua...
In sya Allah...u will get the satisfaction bila boleh buat sendiri apa yang u suka....
semoga ilmu yang sedikit ni x terhenti bersama hentinya denyut jantungku.....
happy cooking semua...
Ok... ni akak nk share resepi hat 'berat ' skit...
kalau dulu hidangan ni utk bekfes jer...sekarang ni bila balik kg...dah x susah ati...mlm pun blh gi cari....
Nasi Dagang...
sebenarnya nasi dagang terengganu ni berbeza dgn nasi dagang kelantan....memang x sama...walaupun namanya sama.
ni kak bg resepi nasi dagang terengganu...tp gambar ni masa kak buat aritu guna beras nasi dagang kelantan.... ( bagi adil ....)
Ni resepinya...
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan bersama gulai dan acar...
kalau dulu hidangan ni utk bekfes jer...sekarang ni bila balik kg...dah x susah ati...mlm pun blh gi cari....
Nasi Dagang...
sebenarnya nasi dagang terengganu ni berbeza dgn nasi dagang kelantan....memang x sama...walaupun namanya sama.
ni kak bg resepi nasi dagang terengganu...tp gambar ni masa kak buat aritu guna beras nasi dagang kelantan.... ( bagi adil ....)
Ni resepinya...
Resepi Nasi Dagang Terengganu:
Bahan-bahan untuk Nasi: –
- 4 cawan beras Jati
- 1 cawan beras pulut
- 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
- 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
- 1 sudu halba
- 2 ulas bawang merah
- 1/2 in halia
Cara cara :
1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8
jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan bersama gulai dan acar...
Gulai Ikan
Aya ( Gulai Nasi Dagang )
- 1 ekor ikan aya/kayu/tongkol - dipotong dan direbus bersama asam keping
- 1/2 sudu serbuk jintan manis
- 1/2 sudu serbuk jintan putih
- 2 hiris lengkuas (dikisar)
- 1 hiris halia (dikisar)
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 3 ulas bawang putih (dikisar)
- 3 sudu cili mesin
- 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
- 1 1/2 liter santan
- 1/2 buku kecil gula melaka.
- Sedikit Belacan
- 10 biji cili padi
- 10 ++ biji belimbing buluh
- sedikit garam
Cara-cara :
1. Masak
Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk, rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, dan gula melaka
3. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.Masak lama, biarkan mendidih.

4 Masukkan sedikit garam dan gula melaka sesuai dengan rasa.
5 Biar beberapa minit. Masukkan cili padi, belimbing buluh dan juga belacan.
6. Masak lg hingga kuah agak pekat . Siap!
5 Biar beberapa minit. Masukkan cili padi, belimbing buluh dan juga belacan.
6. Masak lg hingga kuah agak pekat . Siap!
Gulai ni sebaiknya disediakan semalam lebih awal....baru rasanya lebih umphh
ni lagi satu hidangan femes kat terengganu.....
sila la cuba...resepi ni dah tested by me...sebab tu akak berani nak share..
LOMPAT TIKAM TERENGGANU
Bahan Lapisan Hijau
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 s/k air kapur
secubit garam
Cara
1.Bancuh semua bahan dan tapiskan ke dalam kuali.
2. Masakkan adunan diatas api sehingga pekat dan berkilat. pastu masukkan dalam loyang dan sejukkan......
sementara tunggu sejuk tu..buat lapisan putih pulak...org kg panggil kepala...
Bahan Lapisan Putih
1.5 cawan tepung beras
5 cawan santan pekat
1 s/k garam
Cara
1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.
2. Masakkan hingga meletop2 dan pekat....
3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.
4. sejukkan
5. Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.
Air Gula Merah
Bahan
1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan [ koyakkan]
Cara
1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.
2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

asssalam semua... kenai dak ni?
yezz..u r rite...ni la sata makanan ringan aka snack org pantai timur especially yang duk tepi pantai... makanan dari hasil laut yang lazat....resepi ni kak nita dah adjust to my taste...easy to prepare...cubalah...
bahan utk sata
1 kg ikan selayang - bersihkan dan buang tulang
1/2 kg kelapa parut
3 biji bawang besar (dimayang/dadu)
2 inci halia ( kalau x tau ukuran...kira ukur 2 ruas jari kita ) - racik halus
1/2 cawan air asam jawa
gula
garam
cili padi - dipotong nipis2
daun pisang secukupnya - layur dulu sekejap supaya lembut
lidi sate
camner nak buat?.....gini....
isi ikan tu ditumbuk ( kalau rajin la)...akak guna blender kering jer
gaulkan bersama kelapa parut, halia, bawang yang dimayang, air asam jawa, gula n garam
ambik daun pisang...bentukan mcm kun kemudian masukkan sesudu isi ikan td, letakkan cili potong kemudian lipat supaya tertutup kemas dan sematkan lidi sate ditengah2.
buat sampai habis
disebabkan lidi sate tu pendek..maka setiap cucuk ada 2 biji ajer..
bakar hingga masak dlm lebih kurang 5-7 minit ...pastu bolehlah makan...
Subscribe to:
Comments (Atom)